November 23, 2014

Lori terbalik langgar kerbau melintas

Sebuah lori membawa muatan pasu bunga terbalik selepas melanggar kerbau di Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, semalam.

KAMPAR – Sebuah lori membawa muatan pasu bunga terbalik selepas melanggar sekumpulan kerbau yang tiba-tiba melintas di laluan Kilometer 26, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6 pagi itu, pemandu lori tidak mengalami kecederaan walaupun muatan pasu bunga yang dibawanya berselerakan di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, lori tiga tan itu yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak kerbau-kerbau berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, lori berkenaan terbabas ke seberang kanan jalan sebelum terbalik dan muatannya bertaburan di atas jalan.

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Lori berkenaan rosak teruk,” katanya.

Sinar Harian 23 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment