November 23, 2014

Air sungai melimpah akibat hujan lebat

Banjir di jalan utama dekat Aeon Rawang dan Jalan Maxwell Pekan Rawang, kelmarin. 

RAWANG - Ratusan kenderaan dari arah Tol Rawang menuju Bandar Tasik Puteri terperangkap lebih 30 minit dalam kesesakan di Jalan Batu Arang-Rawang berdekatan Aeon Rawang di sini selepas air Sungai Gong melimpah akibat hujan lebat kelmarin.

Hujan lebat menyebabkan isipadu air sungai meningkat sebelum melimpah 30 minit kemudian.

Kebanyakan pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan kerana tidak mahu meredah air yang naik sekurang-kurangnya setinggi 20 sentimeter.

Terdapat pengguna melalui Jalan lama Kundang dan Lebuhraya Latar sebagai alternatif.

Dalam masa sama Jalan Maxwell di Pekan Rawang turut dinaiki air.

Hujan berhenti sepenuhnya jam 4 petang.

Sinar Harian 23 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment