October 21, 2014

Penunggang maut bertembung kereta

MANJUNG - Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Batu 16 Lekir dalam kejadian pagi semalam.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam jam 7.25 pagi itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ariff Bakar, 27, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Teluk Intan menuju ke Seri Manjung gagal memotong sebuah lori di hadapannya sebelum bertembung sebuah kereta jenis Honda Stream dari arah bertentangan.

“Pemandu kereta jenis Honda Stream berkenaan tidak cedera dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

Sinar Harian 21 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment