October 2, 2014

Koma jatuh siling tingkat dua

KESAN darah Dylause di siar kaki tempat dia terjatuh di SK Ansip, Keningau, Sabah semalam. 

Keningau: Seorang murid lelaki tahun enam parah dan kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Keningau dalam keadaan koma selepas dipercayai terjatuh dari siling tingkat dua bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Ansip, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.55 pagi, mangsa, Dylause Dionel, 12, dipercayai terjatuh dari siling tingkat dua bangunan sekolah berkenaan sebelum terhempas di lantai koridor di tingkat bawa sekolah terbabit.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan hidung manakala tangan dan paha kanan patah sebelum dibawa ke Wad Kecemasan Hospital Keningau, di sini, untuk rawatan dan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dipercayai meminta kebenaran daripada guru kelas yang mengajarnya untuk ke tandas.

Apabila guru berkenaan mendapati mangsa lambat masuk ke kelas, guru itu keluar mencari dan terkejut apabila murid berkenaan terjatuh dan cedera.

Guru berkenaan kemudian meminta bantuan guru lain memberitahu pihak pentadbiran sebelum membawa mangsa ke Hospital Keningau.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Merbin Ak Lisa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis daripada bapa mangsa mengenai kejadian itu.

“Setakat ini, polis belum membuka kertas siasatan kerana masih menjalankan siasatan sama ada mangsa naik sendiri atau dipaksa.

myMetro 3 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment