September 16, 2014

Waris pesakit HBUK diminta tampil


BOON GEE 

IPOH - Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) di Tanjung Rambutan dekat sini meminta bantuan orang ramai mencari waris keluarga seorang lelaki yang berada di bawah jagaan hospital tersebut sejak 11 tahun lalu.

Pegawai Kerja Sosial Perubatannya, Mohamad Nizam @ Megat Nizam Nazir berkata, pesakit itu dimasukkan ke hospital berkenaan melalui Hospital Teluk Intan.

Menurutnya, Khor Boon Gee, 54, yang masih menerima rawatan dimasukkan ke hospital itu sejak 28 Mei 2003 dan ditempatkan di wad 16.

“Melalui semakan yang dibuat, pesakit dipercayai mempunyai waris di Teluk Intan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu katanya, pihak hospital meminta kepada orang ramai yang mengenali penama atau keluarga mereka untuk menghubungi talian 05-5332333 sambungan 5974 pada waktu pejabat.

“Justeru, kita berharap apabila tersiarnya maklumat dan gambar ini, waris atau keluarga dapat tampil untuk menuntut pesakit berkenaan,” katanya.

Sinar Harian 16 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment