September 21, 2014

Warga emas hilang selepas sarapan

Lei Sem 

IPOH - Seorang warga emas wanita dipercayai hilang selepas bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran rumah anaknya di Jalan Lim Bo Seng pada pagi 11 September lalu.

Ho Lei Sem, 77, yang tinggal bersama anaknya dikatakan bersarapan bersendirian sebelum didapati tidak pulang beberapa jam selepas keluar dari rumah.

Lei Sem berambut putih, mempunyai fizikal kurus serta sedikit bongkok dan mempunyai ketinggian lebih kurang 150 sentimeter.

Anak perempuannya, Ng Siew Hong, 43, ketika ditemui pada sidang media di Pejabat MCA Perak memberitahu, lazimnya ibu mereka akan pulang sendiri ke rumah selepas bersarapan.

“Abang saya memberitahu mungkin adik perempuan kami telah membawa ibu ke hospital tetapi apabila saya menghubungi adik melalui telefon, dia menyatakan ibu tiada bersamanya.

“Kakak saya cuba mencari ibu di sekitar Pekan Bharu tapi gagal menemuinya. Berikutan itu, laporan mengenai kehilangan ibu dibuat di Balai Polis Pekan Bharu pada hari yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, dia mewakili ahli keluarganya ingin merayu kepada orang ramai jika melihat ibu mereka untuk menghubungi Ng Kooi Kee di talian 012-5016016 atau  MCA Perak, 05-2536981.

 Sinar Harian 21 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment