September 22, 2014

Tragedi dua beradik belajar berenang

DI KOLAM ini dua beradik lemas petang kelmarin. Gambar kecil, Nurain dan Nuramanina maut dalam kejadian lemas petang kelmarin.

Ampang : Niat seorang wanita berusia 27 tahun belajar berenang bersama adik perempuannya yang berusia 11 tahun membawa maut selepas kedua-duanya lemas di sebuah kolam renang di Taman Melawati dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa menggunakan pelampung dan berenang di kolam yang cetek.

Katanya, selepas itu mereka mula berenang di kawasan yang dalam pula sebelum terlepas pelampung dan lemas.

"Kejadian itu disaksikan adik bongsu mereka sebelum meminta bantuan orang awam.

"Kedua-dua mangsa dikejarkan ke sebuah hospital swasta yang berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

myMetro 22 Sep 2014


Semua sudah terlambat

Ampang: “Saya sedih kerana kakak, Nurain Othman, 27, dan adik bongsu, Nuramanina Aminah Othman, 11, tenggelam lemas ke dasar kolam tanpa disedari orang ramai yang turut berenang di kolam sama,” kata Muhd Iqbal Nazmim, 23.

Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, mangsa dua beradik itu lemas ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah kelab renang di Taman Melawati, Hulu Klang di sini.

Iqbal berkata, kejadian itu hanya disedari salah seorang adiknya, Muhd Alif Haziq, 12, sebelum bertindak meminta bantuan orang ramai yang berada berhampiran kolam itu.

“Walaupun berjaya ditarik keluar dari kolam namun semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Dia mendakwa lebih kecewa apabila pihak pengurusan kolam renang seakan-akan menyalahkan adik dan kakaknya itu kerana tidak mengikut prosedur.

myMetro 23 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment