September 2, 2014

Seorang remaja terbunuh, 2 cedera dalam nahas babitkan 5 motosikal

PORT DICKSON: Seorang remaja terbunuh manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan lima buah motosikal di Lebuhraya Port Dickson Highway, di sini awal pagi ini.

Kejadian pada pukul 5 pagi itu berlaku ketika mangsa dan dua rakannya dalam perjalanan ke Seremban selepas meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 57 di Telok Kemang, di sini.

Difahamkan motosikal mereka berlanggar sesama sendiri sebelum mereka hilang kawalan dan terjatuh.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Aminullah Judin, 18, yang cedera parah di kepala dan badan . Mangsa maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa yang cedera dikenalpasti sebagai Mohammad Fariz Zunnurain Sahaizan, 17, dan Naqiuddin Jaafar, 18.

Mohammad Fariz cedera di muka manakala Naqiuddin patah kaki kanan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah berkata mayat Mohamad Aminullah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

Sumber NST 31 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment