September 2, 2014

Lelaki ditemui mati di ruang tamu

Jiran membantu polis membawa mayat mangsa keluar dari rumahnya

BINTULU: Seorang lelaki berusia 40an ditemui mati di ruang tamu rumahnya di RPR Sebiew pada Sabtu.

Polis yang berkejar ke lokasi kejadian selepas dihubungi oleh jiran mangsa tentang bau yang kurang menyenangkan sekitar pukul 5.30 petang menemui mangsa terbaring di ruang tamu rumahnya.

Dipercayai mangsa telah pun meninggal dunia seminggu berdasarkan keadaan mayatnya.

Punca kematian mangsa masih dalam siasatan polis namun dipercayai disebabkan oleh penyakit.

Menurut seorang jiran mangsa yang menghubungi polis, mangsa seorang pendiam dan jarang keluar dan kali terakhir dia melihat mangsa ketika lawatan Hari Raya baru-baru ini.

Beberapa hari yang lalu, seorang jiran yang terhidu bau busuk yang datang dari rumah mangsa menyedari keretanya masih diletakkan di hadapan rumahnya lebih seminggu kemudian menghubungi polis.

Mangsa seorang kakitangan kerajaan dan sudah berkawhin namun isterinya telah meninggal dunia manakala anak-anaknya tinggal dengan datuk dan nenek mereka.

Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

Sumber The Borneo Post 1 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment