September 20, 2014

Sampai hujung nyawa


Tapah: Dua sahabat maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 348.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan berdekatan pekan Bidor, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave, Noor Amalyna Noor Sabri, 18, bersama rakannya, Farah Ameera Mohd Azim, 18, yang membonceng motosikal itu mengalami cedera parah selepas tercampak ke penghadang di tengah jalan akibat rempuhan kuat sebuah kereta dari arah belakang.

Difahamkan kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari Cameron Highland ke Shah Alam berikutan beberapa buah strawberi dan cenderamata dari Cameron Highland yang bertaburan selepas insiden itu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi menyebabkan seorang penunggang serta pembonceng motosikal maut akibat cedera parah.

Menurutnya, dalam kejadian itu motosikal yang ditunggani mangsa dipercayai menukar laluan ke lorong tengah sebelum dirempuh sebuah kereta.

myMetro 19 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment