September 20, 2014

Maut rempuh tiang monorel

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas akibat jalan licin sebelum melanggar tiang konkrit monorel di Jalan Hang Tuah, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa, Nor Azlly Mohd Noor, 40 dan isterinya, Nor Aishah Mohd Yusof, 33, dalam perjalanan pulang ke rumah datang dari arah pusat beli-belah Times Square menghala ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, bagaimanapun sebaik tiba di Jalan Hang Tuah, kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang konkrit monorel di sebelah kiri.

Menurutnya, akibat kejadian mangsa parah di kepala dan badan sebelum orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi ambulans dan pihak polis.

“Mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Isterinya pula masih dalam kritikal dan sedang menerima rawatan,” katanya.

Sumber myMetro 20 Sep 2014 dan NST 22 Sep 2014


0 comments:

Post a Comment