September 22, 2014

Pemuda tergamak pukul kakak

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda gagal mengawal perasaan amarah apabila tergamak memukul kakak kandungnya sendiri hanya kerana tidak berpuas hati berhubung masalah peribadi antara dua beradik tersebut, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, si kakak bekerja di pasar raya di bandar Chukai, Kemaman, baru sahaja sampai di rumah di Kampung Cina, Kuala Kemaman.

“Belum sempat si kakak melepaskan penat, adik lelakinya yang berusia 30 tahun terus menyerang mangsa selepas tidak berpuas hati berhubung masalah peribadi antara mereka berdua sebelum ini.

“Pada awalnya, hanya berlaku pertengkaran mulut sahaja, tetapi telah melarat sehingga si adik ‘naik tangan’ lalu memukul mangsa tanpa perikemanusiaan,” katanya.

Sumber berkata, tindakan si adik telah menyebabkan mangsa mengalami sakit dan bengkak di bahagian belakang badan.

Jelasnya, mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian rupa oleh adik lelakinya kemudian nekad membuat laporan di Balai Polis Chukai selain bimbang keselamatan dirinya pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sinar Harian 22 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment