September 22, 2014

Pelajar jumpa pencungkil gigi dalam roti

MOHAMAD HAFIZUDDIN menunjukkan pencungkil gigi yang terselit di dalam sekeping roti yang masih disimpan sejak sebulan lalu di Taman Gadong Jaya, Nilai semalam.

NILAI - Seorang pelajar tingkatan lima terkejut apabila menemui sebatang pencungkil gigi sepanjang tiga sentimeter terselit pada permukaan roti yang dibeli di sebuah kedai runcit baru-baru ini.

Penemuan itu berlaku ketika Mohamad Hafizuddin Rahim, 17, mahu meletakkan krim coklat pada roti berkenaan ketika mahu bersarapan pagi di rumahnya di Taman Gadong Jaya, Labu pada kejadian 22 Ogos lalu.

"Semasa terbalikkan roti, saya nampak ada objek seperti bilah kayu pada permukaannya dan terkejut ia rupa-rupanya sebatang pencungkil gigi," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo 22 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment