September 16, 2014

Pemandu maut, 4 cedera dalam kemalangan

Keadaan Perodua Viva selepas merempuh sebatang tiang lampu di Jalan Kepayan

KOTA KINABALU: Seorang pemandu kereta jenis Perodua Viva maut di lokasi kejadian apabila dia hilang kawalan keretanya dan merempuh sebatang tiang lampu di Jalan Kepayan di hadapan Ibu Pejabat Polis Sabah di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Sidi bin Ogoi, 34, dari Kampung Bobot, Kota Belud.

Ketua Polis Bandaraya, ACP M. Chandra berkata pemandu dan empat penumpangnya sedang menuju dari Petagas ke Kota Kinabalu apabila kemalangan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Pemandu dan penumpang hadapan tercampak keluar hampir 50 meter dari kereta terbabit. Akibatnya, pemandu berkenaan maut serta merta manakala penumpang hadapan cedera dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (QEH),” katanya.

Tiga lagi penumpang yang lain, kesemuanya lelaki yang berusia dari 18 hingga 28 tahun, mengalami beberapa kecederaan di bahagian anggota badan. Mangsa yang berusia 28 tahun cedera teruk di muka dan anggota badannya dan masih tidak sedarkan diri. Mangsa yang berusia 20 tahun pula patah tulang belakang dan juga cedera di beberapa bahagian anggota badan manakala mangsa yang berusia 18 tahun hanya cedera ringan.

Chandra berkata punca kemalangan masih sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

Sumber The Borneo Post 8 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment