September 21, 2014

Lelaki parah ditetak menyorok dua jam sebelum dibantu rakan

KUCHING: Seorang lelaki yang parah akibat ditetak sekumpulan lelaki terpaksa bersembunyi selama dua jam di deretan kedai di Matang Jaya di sini sebelum dibantu oleh rakannya, awal pagi semalam.

Difahamkan, insiden dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an dan berasal dari Sibu sedang menunggu rakannya di sebuah kedai makan di Matang ekitar jam 11 pagi.

Menurut sumber, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan beberapa lelaki di kedai makan itu sebelum kumpulan lelaki terbabit bertindak menyerangnya menggunakan senjata dipercayai parang.

“Mangsa yang cedera sempat menghubungi rakannya sebelum telefon bimbitnya terpadam dan dia bertindak bersembunyi di belakang sebuah restoran makanan segera.

“Selepas dua jam bersembunyi, rakan mangsa berjaya menemuinya dan terus menghubungi pihak ambulans untuk bantuan,” kata sumber.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sehingga berita ini ditulis semalam mangsa dilaporkan stabil.

Utusan Borneo 21 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment