September 21, 2014

Budak nyaris mangsa rogol kenalan WeChat

SIBU: Padah perkenalan menerusi WeChat, se-orang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun nyaris menjadi mangsa rogol seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Terdahulu, kedua-dua mereka mengenali satu sama lain menerusi WeChat, sebelum remaja lelaki itu meluahkan rasa cintanya kepada anak gadis bawah umur itu.

Ini membuatkan anak gadis itu nekad meninggalkan rumahnya di Jalan Kenari pada malam Selasa lepas untuk bertemu dengan kekasih WeChatnya itu.

Anak gadis itu difahamkan tinggal di rumah teman lelaki WeChatnya itu di Jalan Selanggan selama tiga hari, di mana pada hari kedua suspek dikatakan cuba merogol mangsa.

Khamis lepas, remaja lelaki itu telah menghantar mangsa pulang ke rumahnya. Ibu mangsa yang kebetulan melihat suspek menghantar anaknya pulang, mengesyaki anak gadisnya itu telah dirogol oleh suspek.

Dia kemudian membawa anak gadisnya itu membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan remaja lelaki itu malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Sibu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Utusan Borneo 21 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment