September 23, 2014

Hancur digilis

Kuala Lumpur: Mengerikan apabila seorang lelaki mati digilis sebelum mayatnya diseret hampir 100 meter menyebabkan badan mangsa hancur berhampiran Taman Connaught, Cheras di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an dirempuh ketika melintas jalan di Lebuh raya Timur Barat dari Bandar Tun Razak menghala ke Cheras di sini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa bagaimanapun dirempuh kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 30 tahun.

“Mangsa yang dirempuh terperosok di bawah kereta itu sebelum terseret lebih kurang 100 meter (m). Akibatnya badan mangsa hancur dan berteraburan di atas jalan.

“Pada masa sama sebuah kereta Honda dipandu lelaki berusia 44 tahun yang berada di belakang kereta wanita itu tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa sekali lagi,” katanya, semalam.

myMetro 23 Sep 2014


Maut dilanggar tiga kenderaan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila dilanggar tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat, berdekatan Taman Connaught, di sini, awal pagi semalam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 30 tahun cuba melintas jalan.

“Mangsa dilanggar kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang wanita yang berada di lorong tengah dari arah Bandar Tun Razak menuju ke Cheras,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang identitinya belum dikenali pasti diheret sejauh 100 meter oleh sebuah kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.

Markandan berkata, selepas itu, mangsa dilanggar kali ketiga oleh sebuah kereta Honda Accord yang dipandu oleh seorang lelaki.

“Sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu oleh seorang wanita warga Indonesia yang sedang memandu di lorong tengah berjaya mengelak mangsa. Namun, kereta tersebut terbabas ke kanan lalu melanggar pembahagi jalan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan.

Sinar Harian 23 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment