September 22, 2014

Mayat wanita bogel ditemui di Gunung Inas Baling

BALING: Mayat seorang wanita tanpa sebenang urat ditemui di kawasan rehat di Gunung Inas pagi ini.

Mangsa yang berusia 40an dipercayai mati dibunuh berdasarkan satu kesan tikaman yang ditemui di belakang lehernya.

Timbalan Ketua Polis Baling Deputi Superitendan Wari Kiew, ketika dihubungi berkata mayat berkenaan ditemui oleh orang ramai sekitar pukul 7pagi.

Beliau berkata tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui pada mangsa dan polis percaya mangsa adalah warga asing.

Mayat dihantar ke Hospital Baling untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber NST 21 Sep 2014


Askar ditahan bantu siasatan

Baling: Penemuan mayat wanita berusia 53 tahun dengan kesan cedera di belakang leher dipercayai dipukul menggunakan senjata tajam di Hentian Rehat Gunung Inas, di sini, pada Ahad lalu, membawa kepada penahanan seorang anggota tentera, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kem tentera di Gerik, Perak jam 4 petang manakala Perodua Kenari dirampas untuk siasatan.

Menurutnya, polis merampas pakaian mangsa yang mempunyai kesan dibakar selain mengesan senjata tajam dipercayai digunakan untk membunuh mangsa.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan penemuan kesan tikaman di belakang leher menggunakan objek tajam, malah pihak polis percaya kes itu bermotifkan cemburu, namun siasatan lanjut dijalankan.

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Md Nadzir Osman atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di talian 04-4708222.

myMetro 26 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment