August 20, 2014

Warga emas maut dirempuh kereta selepas sarapan bersama rakan

MUAR 19 Ogos - Seorang lelaki warga emas maut selepas bersarapan bersama rakannya apabila basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Salleh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Heng Wah Peng, 83, dari Taman Mas Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar minum pagi bersama rakan-rakan di sebuah warung di Jalan Salleh sebelum singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli barangan dapur.

Malangnya semasa membelok ke kanan memasuki Lorong Haji Hassan Nindung ke rumahnya di taman berkenaan, basikal mangsa dirempuh sebuah kereta dari arah yang sama menghala ke Bukit Pasir.

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya dan maut di tempat kejadian sementara pemandu dan dua penumpang kereta terbabit yang berusia antara 20 hingga 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat.

"Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali berkata, menjadi kebiasaan mangsa menaiki basikal ke warung membeli sarapan pagi dan barangan dapur pada setiap hari.

Katanya, kira-kira pukul 8 pagi dia sempat menegur Wah Peng dan memintanya agar tidak keluar kerana cuaca mendung dan kelihatan mahu hujan.

"Tetapi mangsa mengatakan tidak mengapa dan terus berlalu menunggang basikal. Dua jam kemudian saya dikejutkan dengan berita insiden yang menimpanya dan saya tidak menyangka pagi ini merupakan pertemuan terakhir dengannya," katanya.

20 Ogos 2014


Atuk temui ajal selepas sarapan

Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menyiasat insiden yang menimpa Wah Peng

MUAR – Seorang warga emas lelaki maut selepas basikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Salleh, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Heng Wah Peng,83, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar minum pagi bersama rakan-rakan di sebuah warung di Jalan Salleh sebelum singgah sebuah kedai runcit membeli barangan dapur.

Malangnya, semasa membelok ke kanan memasuki Lorong Haji Hassan Nindung ke rumahnya di Taman Mas Jaya, basikal mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dari arah yang sama menghala ke Bukit Pasir.

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian.  Pemandu dan dua penumpang kereta terbabit yang berusia antara 20 hingga 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, menjadi kebiasaan setiap pagi mangsa menaiki basikal ke warung membeli sarapan pagi dan barangan dapur.

“Kira-kira jam 8 pagi tadi, saya sempat menegur Wah Peng dan memintanya agar tidak keluar kerana cuaca mendung dan kelihatan mahu hujan.

“Tetapi mangsa mengatakan tidak mengapa dan terus berlalu menunggang basikal. Dua jam kemudian, saya dikejutkan dengan berita insiden yang menimpanya,” katanya yang tidak menyangka pertemuan terakhir dengan jirannya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisoner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sinar Harian 20 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment