August 31, 2014

Wanita hamil tujuh bulan nyaris maut kereta dihempap lori

Keadaan kereta mangsa yang berada di bawah lori di lokasi kejadian

KUCHING: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan mengalami cedera ringan selepas keretanya dihempap sebuah lori di Batu 8 Jalan Penrissen di sini semalam.

Kemalangan berlaku ketika wanita berusia 28 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang apabila lori terbabit melanggar keretanya sekitar pukul 7 malam.

“Lori 3 tan itu kemudian terbalik dan menghempap kereta mangsa jenis Perodua Viva sebelum kedua-duanya tersadai di tepi jalan di mana kereta tersebut terhumban di dalam parit.

“Mangsa bernasib baik kerana hanya cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan,” menurut seorang saksi.

Pemandu lori terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut mengenai kejadian masih dijalankan.

Sumber The Borneo Post 31 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment