August 20, 2014

Tragedi ngeri


REBAH: Lori tersadai di bahu jalan.

DAHSYAT: Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat kemalangan tersebut.

Lelaki maut kereta dipandunya merempuh lori bawa muatan kelapa sawit di Kilometer 21 Jalan Sibu-Bintulu
SIBU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya merempuh lori yang membawa muatan biji kelapa sawit di Kilometer 21 Jalan Sibu- Bintulu, malam kelmarin.

Su Sieng Yih, 35, dari Tanjung Batu, Bintulu dikatakan memandu seorang diri ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 malam itu.

Mangsa yang memandu kereta Toyota Vios dikatakan hilang kawalan dan merempuh lori yang datang dari arah bertentangan.

Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa dikatakan berpusing beberapa kali sebelum merempuh lagi bahagian tayar lori lalu seterusnya tercampak kirakira 20 meter dan tersadai di sebuah longkang di tepi jalan.

Kesan perlanggaran yang kuat itu menyebabkan tayar kenderaan berat terbabit pecah.

Akibatnya, pemandu lori terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke bahu jalan.

Biji kelapa sawit bertaburan di atas jalan.

Bagaimanapun, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan tersebut.

Utusan Borneo 19 Ogos 2014



0 comments:

Post a Comment