August 20, 2014

Budak mati terjatuh, dihempap timbunan bata

SEDIH: Ibu mangsa gagal mengawal perasaan apabila dimaklumkan mengenai pemergian anak lelakinya.

KUCHING: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menemui ajal apabila terjatuh dari tempat tinggi sebelum dihempap objek berat di sebuah kilang di Jalan Pending.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Delson Goh difahamkan tergelincir lalu terkena papan perancah sebelum dihempap timbunan bata.

Mangsa yang dalam keadaan kritikal seterusnya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar jam 6 petang.

Bagaimanapun, mangsa yang menerima rawatan di Zon Merah gagal diselamatkan.

Dia dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sejam kemudian.

Polis mengklasifi kasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Utusan Borneo 19 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment