August 21, 2014

Suami isteri warga emas maut dilanggar treler

Jempol: Sepasang suami isteri warga emas maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 14, Jalan Bahau-Kemayan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.12 pagi itu, mangsa, Ujang Talib, 67, dan isteri Rokiah Selamat, 64, dalam perjalanan dari FELDA Pasuh 3 menghala ke Bandar Seri Jempol untuk membayar ansuran bulanan barangan elektrik di sebuah kedai.

Sumber berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, sebuah treler dari arah Bahau dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggangi mangsa.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat," katanya.

Timbalan Ketua Polis Jempol Deputi Superintendan Tukiman Seriman berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 21 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment