August 20, 2014

Sembilan beranak putus mata pencarian

Abdul Manan terpaksa menggunakan alat sokongan di kepalanya Abdul Manan terpaksa menggunakan alat sokongan di kepalanya

KULIM - Sembilan beranak kini putus mata pencarian selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan kereta pada hari raya ketiga lalu.

Abdul Manan Yusuf, 51, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke  rumah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Banggol Penyengat.

Menurutnya, tiba diKampung Karangan, sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluannya menyebabkan dia terpaksa mengelak sebelum terbabas.

"Saya mengalami kecederaan retak tulang leher, manakala isterinya Rohaya Derani, 41, patah tulang punggung, seorang anak patah tangan manakala bayi mereka berusia 10 bulan cedera di kepala.

"Bagaimanapun lima lagi anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.

"Saya menerima rawatan selama dua minggu di hospital dan terpaksa menggunakan alat penyokong di bahagian kepala sehingga tulang leher kuat dan stabil," katanya.

Abdul Manan berkata, bagi memudahkannya membuat pemeriksaan di hospital selain mengurus anak ke sekolah, dia bersama anaknya telah berpindah ke rumah keluarganya manakala isterinya mendapat rawatan kampung di Selama.

"Isteri saya kini terpaksa berbaring dan tidak dapat berjalan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Mohamad Md Nor berkata, dari penilaian dibuat mendapati mangsa hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan dan bekerja sebagai penebar roti canai manakala isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa.

"Kecederaan dialami oleh kedua-dua suami isteri ini mengakibatkan keluarga itu putus mata pencarian.

"Bagi mengurangkan bebanan ditanggung, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan bantuan segera berupa wang tunai RM300. JKM turut meluluskan Bantuan Kanak-kanak (BKK) sebanyak RM450 dan ia akan diterima setiap bulan.

"Ini kerana lima dari tujuh anak mereka masih bersekolah. Dengan cara ini ia dapat membantu mengurangkan bebanan dialami keluarga ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian 20 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment