August 18, 2014

Menantu setan keroyok mentua

Sibu: Sifat kebinatangan menguasai nafsu seorang menantu apabila sanggup memperkosa ibu mentua yang juga warga emas dengan menutup mulutnya menggunakan kain dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeriah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa berusia 69 tahun bukan saja diperkosa, malah dibiarkan menanggung kesakitan sebaik perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumahnya.

Sumber berkata, sebelum kejadian mangsa berseorangan di rumah sambil berkemban sebelum suspek berusia 42 tahun secara tiba-tiba muncul di hadapan pintu.

“Suspek terus memasuki rumah dan menutup pintu serta cuba merogol ibu mentuanya. Sebelum itu, suspek menolak mangsa ke lantai lalu menyelak kain batik dipakainya.

“Wanita terbabit cuba melawan sambil menjerit sekuat hati, namun kudrat yang ada tidak mampu menghalang menantu yang kemudian merogolnya.

“Suspek turut menyumbat mulut mangsa dengan kain bagi mengelak jeritannya didengari jiran,” katanya ketika ditemui, semalam.

myMetro 18 Ogos 2014


Rogol: Polis hantar suspek ke hospital

SIBU: Polis menghantar suspek yang didakwa merogol ibu mentuanya yang berusia 69 tahun ke Hospital Sibu untuk menjalani ujian DNA, semalam.

Dalam siasatan ke atas kes terbabit, polis mengesahkan ujian air kencing suspek negatif.

Berikutan ujian itu, polis tidak menolak jika suspek masih sedarkan diri (tidak dipengaruhi dadah) ketika melakukan jenayah itu.

Bagaimanapun, polis akan menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental.

Dalam kejadian itu, suspek yang berusia 42 tahun dan merupakan seorang penganggur, pergi ke rumah mentuanya di sebelah rumahnya di sebuah kampung di sini pada petang Jumaat lalu dan merogol mangsa yang ketika itu hanya mengenakan kain sarung.

Ahli keluarga mangsa membawa mangsa membuat laporan polis pada hari berikutnya tanpa pengetahuan suspek.

Polis menahan suspek di rumahnya pada awal pagi Ahad lalu ketika dia sedang tidur di dalam biliknya.

Utusan Borneo 19 Ogos 2014


Menantu durjana kena jel 14 tahun

SIBU: Menantu durjana yang didakwa merogol ibu mentuanya dalam kejadian 15 Ogos lalu dijatuhi hukuman 14 tahun penjara serta 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh, Mohammad Abdullah @ Su Ngiek Tiing, 42, dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang juga ibu mentua tertuduh didatangi oleh tertuduh ketika sedang duduk di atas tilam di ruang tamu rumahnya di Kampung Jeriah, Jalan Oya di sini pada 15 Ogos lalu, kira-kira jam 4 petang.

Tertuduh kemudian bertindak menolak mangsa berusia 68 tahun ke atas lantai sebelum menanggalkan pakaian mangsa dengan menggunakan kekerasan.

Selepas itu, tertuduh bertindak membuka seluarnya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap ibu mentuanya.

Pada masa sama, mangsa cuba menjerit meminta tolong namun mulut mangsa ditutup oleh tertuduh menggunakan kain selimut.

Selepas merogol mangsa, ayah kepada lapan orang anak itu kemudian memasuki bilik mandi sebelum meninggalkan kediaman mangsa.

Pada keesokan harinya kira-kira jam 7 pagi, mangsa kemudian menceritakan apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang juga isteri kepada tertuduh.

Anak perempuannya kemudian menasihatkan mangsa membuat laporan polis sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Sibu.

Berikutan laporan dibuat, tertuduh ditahan awal pagi pada 17 Ogos di rumah yang sama sebelum ditahan reman selama seminggu.

Hasil siasatan tertuduh mengaku merogol ibu mentuanya.

Dalam rayuan, Mohammad yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan.

Tertuduh juga memberitahu kesalahan itu merupakan kesalahan pertamanya selain berkeluarga serta mempuyai lapan orang anak berusia antara satu hingga 23 tahun.

Utusan Borneo 23 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment