August 23, 2014

Mayat lelaki terjatuh dalam sungai ditemui

BINTULU: Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang terjatuh dari sebuah bot ke dalam Sungai Kemena telah ditemui oleh orang ramai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sekitar pukul 9.30 malam pada Rabu.

Mayat mangsa telah dibawa ke rumah mayat Hospital Bintulu Hospital untuk dibedah siasat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dihata Gobel mengesahkan penemuan tersebut.

Candra, 25, dari Tenggerang Indonesia sedang berkerja dengan sebuah syarikat perkapalan apabila terjatuh ke dalam sungai berkenaan sekitar pukul 8.30 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat telah ditunda sekitar pukul 4.45 petang apabila mereka gagal mencari mangsa.

Operasi diketuai oleh Willey Senin dan empat anggota Bomba serta dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awan dan Polis Marin.

Sumber The Borneo Post 22 Ogos 2014


0 comments:

Post a Comment