August 22, 2014

Mayat ditemui tepi jalan

PUCHONG – Tanda tanya seorang lelaki apabila rakan serumahnya tidak pulang ke rumah selepas membeli sayur malam kelmarin terjawab apabila mayatnya ditemui di tepi Jalan Puchong Permata 2 dekat sini pagi, semalam.

Difahamkan, mangsa yang dikatakan demam sejak seminggu lalu ke kedai runcit di Taman Puchong Permata itu kira-kira jam 8 malam kelmarin dengan berjalan kaki bersendirian.

Rakan serumahnya memberitahu, dia menyedari mangsa tidak pulang ke rumah namun tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah polis memaklumkan penemuan mayat lelaki itu, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, kira-kira jam 7.18 pagi.

Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian mendapati mangsa terbaring dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di tepi Jalan Puchong Permata 2, Taman Puchong Permai.

Sinar Harian 22 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment