August 27, 2014

Mayat bayi di tapak sampah

Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi di mana mayat bayi lelaki (dalam bulatan) ditemui di Kayu Madang, Menggatal semalam.

Mayat bayi lelaki yang ditemui di tapak sampah semalam.

Kota Kinabalu: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Kayu Madang Jalan Rugading Telipok, di sini, hari ini.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang pengutip sampah di tapak pelupusan sampah berkenaan jam 8.30 pagi.

Difahamkan, pekerja terbabit menemui mayat bayi di dalam longgokan sampah ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan yang masih boleh digunakan.

Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaan mayat yang masih sempurna dan tidak mempunyi kesan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

myMetro 27 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment