August 27, 2014

Ibu maut tayar motosikal pecah

Alor Gajah: Seorang wanita terbunuh selepas motosikal dibonceng terbabas akibat tayar belakang pecah di Lendu, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, mangsa Sazuha Shamsuddin, 48, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang anak lelakinya, Haikal Abd Hamid, 18, hilang kawalan selepas tayar belakangnya pancit lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.

Anak lelaki mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Abdul Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

myMetro 27 Ogos 2014


Ibu terbunuh tayar motosikal pancit

Alor Gajah: “Saya panggil ibu selepas kami terjatuh dari motosikal, namun ibu tidak bergerak,” kata Haikal Abdul Hamid, selepas kehilangan ibunya, Sazuha Shamsuddin dalam kemalangan di Jalan Ayer Hitam Lendu-Masjid Tahan, Lendu, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, Sazuha, 48, meninggal dunia selepas terjatuh dari Honda Wave yang ditunggang anaknya itu disebabkan tayar belakang motosikal itu pancit.

Mangsa yang menetap di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, di sini meninggal dunia akibat cedera parah di muka dan kepala.

Haikal, 18, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan menghantar ibunya ke tempat kerja, namun gagal mengawal motosikal setibanya di satu jalan berbukit sebelum terbabit nahas.

“Tayar belakang tiba-tiba meletup dan saya cuba kawal supaya tidak masuk ke laluan bertentangan.

“Ketika itu saya minta ibu tidak panik, namun dia hanya diam. Sebaik menoleh ke belakang, saya tengok ibu tidak bergerak menyebabkan saya memeluknya yang sedang nazak,” katanya yang ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Alor Gajah, di sini, pagi semalam.

Haikal berkata, mereka berdua terjatuh selepas terlanggar tiang elektrik.

“Pasukan penyelamatmengesahkan ibu sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian itu.

myMetro 28 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment