August 21, 2014

Lelaki ditemui mati di dalam bilik air

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki berusia 49 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dengan hanya memakai seluar dalam di dalam sebuah bilik air di sebuah kondominium di SEA Park pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata saudara perempuan kepada lelaki berkenaan telah membuat satu laporan polis selepas menemui mayatnya sekitar pukul 6 petang pada hari yang sama.

“Saudaranya memberitahu polis yang lelaki tersebut masih bujang dan telah tinggal do kondo berkenaan sejak setahun lalu.

“Mereka berjumpa kali terakhir pada 27 Julai dan bercakap melalui telefon pada Sabtu lalu.

“Menurut saudaranya, lelaki tersebut seorang pendiam dan tidak pernah menceritakan tentang dirinya kepada sesiapa.

“Keluarganya tidak tahu apa pekerjaannya atau jika dia menghidap sebarang penyakit kronik,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata tiada sebarang tanda rumah dipecah masuk dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Terdapat kesan najis pada pintu bilik air dan muntah di atas katil lelaki tersebut.

“Kami tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayatnya.

“Kami percaya dia meninggal dunia dua atau tiga hari lepas,” katanya lagi

Belia berkata polis masih menyiasat punca kematian dan mayatnya telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Sumber The Star 21 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment