August 21, 2014

Wanita maut pikap dipandu suami terbabas

KEMAMAN: Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun terbunuh apabila trak pikap yang dinaikinya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebatang pokok sawit dekat Padang Kubu di sini pagi ini.

Menurut sumber, trak pikap jenis Toyota Hilux tersebut dipandu oleh suaminya, Rani Mohammad, 76, seorang pekebun.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 pagi di KM117.4 Jalan Jerangau - Jabor dan mangsa, Ngah Ismail dari Kampung Paya Kemudi, Bukit Besi, mengalami kecederaan parah di dada manakala suaminya hanya cedera ringan.

Dikatakan ketika kejadian, pasangan tersebut dalam perjalanan ke Kuantan dari Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superitendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kejadian dan mengatakan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

Sumber The Star 21 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment