August 29, 2014

JKM cari waris bayi ditinggalkan ibu



Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah sedang mengesan waris bayi perempuan berusia sebulan yang ditinggalkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak sebulan lalu.

Bayi perempuan itu, Ainul Mardhiah ditinggalkan ibunya yang dikenali sebagai Aifah sejak 18 Julai lalu.
Pegawai JKM Daerah Kamaruddin Karim berkata, ibu kandung bayi berkenaan dikatakan melarikan diri dari wad berkenaan dipercayai selepas melahirkannya.

Menurutnya, pihak hospital kemudiannya merujuk bayi berkenaan kepada JKM.

Katanya, tiada sebarang maklumat mengenai waris atau ibu kandung bayi terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta dapat berhubung dengan JKM Daerah bagi membantu mengesan ahli keluarganya," katanya.

myMetro 29 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment