August 19, 2014

Derita Abu Seman belum berakhir

BEKAS pesakit untut, Abu Seman sukar untuk bergerak selepas disahkan menghidap penyakit saraf.

ALOR SETAR - Seorang pembantu kedai pernah menjalani pembedahan untuk merawat penyakit untut yang dideritainya lebih sedekad pada enam tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas Abu Seman Saad, 43, bebas daripada sengsara mempunyai kaki gajah itu, bapa kepada seorang anak perempuan itu kini dihantui dengan penyakit saraf pula.

Ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, lelaki itu memberitahu, selepas dibedah oleh sepasukan pakar yang berjaya membuang 11 kilogram (kg) lebihan di kaki kanannya berbanding 35kg pada 6 Oktober 2008, dia semakin pulih, namun tidak mampu melakukan kerja-kerja berat lagi.

"Selepas bedah, semuanya baik-baik saja tapi bahagian sendi terutama di kaki dan tangan saya sering merasa kebas-kebas.

"Saya sangkakan ia hanya bersifat sementara sahaja tapi ia berlarutan selama berbulan-bulan lamanya. Kemudian selepas dirujuk dengan doktor pakar, saya disahkan menghidap penyakit saraf," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Telaga Bata di sini.

Kosmo 19 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment