July 27, 2014

Lima maut, empat cedera dalam dua nahas jalan raya di Gua Musang

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat tiga mangsa dari kereta.

GUA MUSANG - Lima maut dan empat parah dalam dua nahas jalan raya di sini, hari ini.

Kemalangan pertama berlaku di Jalan Chiku–Aring di Aring 8, dekat sini, jam 10.30 pagi, dan menyaksikan dua sekeluarga maut apabila Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

Mangsa ialah Mohd. Kosim Rashid, 39, yang memandu kereta Produa Alza dan adik iparnya, Azliana Ab. Kadir, 30, seorang guru di Sarawak dan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

Mangsa yang parah ialah isteri Mohd. Kosim, Arini Ab. Kadir, 37, (mengandung tujuh bulan) serta tiga anak mereka, Mohd. Aniq Izat Mohd Kosim, 10, Umairi, 9, dan Alisha Balkiq, 6, kini menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Kemalangan kedua pula berlaku di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai kira-kira pukul 1.30 petang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan bas persiaran menyebabkan tiga sahabat dalam kereta itu maut di tempat kejadian.

Mereka ialah Suhariza Hassan, 35, dari Kampung Tawang, Bachok, Zulkifli Talib, 46, dari Kampung Temila, Pasir Puteh dan Mohd. Zuki Ariffin, 41, dari Kangkong, Pasir Mas. - Bernama

myMetro 26 Jul 2014



0 comments:

Post a Comment