April 27, 2014

Wanita maut dalam nahas 3 kenderaan

SIBU: Seorang wanita terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kemalangan yang membabitkan 3 kenderaan di Batu 6 Jalan Bintangor-Sibu pada Jumaat.

Tujuh lagi pula hanya cedera ringan dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu manakala dua lagi tidak cedera.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ling Nai Kiew, 53, meninggal dunia di hospital sekitar pukul 4 petang.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan jenis Toyota Avanza yang menuju ke Sarikei dari Julau hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Ia menyebabkan pemandu Perodua Myvi yang berada di laluan bertentangan menuju ke Julau mengelak ke tepi jalan daripada dilanggar namun dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan lain.

Kenderaan jenis Toyota Ipsum yang berada di belakang Myvi berkenaan tidak dapat mengelak dari bertembung dengan Avanza terbabit.

Mangsa yang maut merupakan penumpang Ipsum.

Martha Charles Chundy, 44, penumpang Avanza pula cedera parah.

Kedua-dua pemandu dan penumpang Myvi tidak cedera.

Sumber The Borneo Post 27 Apr 2014


0 comments:

Post a Comment