April 27, 2014

Nafas terhenti di longkang

NGERI: Keadaan mangsa dan motosikalnya selepas kemalangan tersebut semalam.

Chai Nyit Chin gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter.

SERIAN: Warga emas terkorban setelah motosikal yang ditungganginya terhumban ke dalam longkang besar di Jalan Lok Foo Lama, Tarat di sini tengah hari semalam.

Mangsa ialah Chai Nyit Chin berusia 67 tahun dan berasal dari Batu 35, Jalan Kuching-Serian.

Difahamkan, mangsa semasa kejadian dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pasar Tarat Jaya dengan menunggang motosikalnya jenis Honda C70 iaitu sekitar jam 12.40 tengah hari.

Bagaimanapun, semasa melalui Jalan Lok Foo Lama, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter itu.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohd Jamali Umi semasa dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut semalam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat,” katanya.

Utusan Borneo 27 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment