April 24, 2014

Lubang Bukit Bintang

TANAH mendap di depan bangunan LTAT di Jalan Bukit Bintang.

LALU lintas sesak akibat laluan ditutup berikutan kejadian tanah mendap di Jalan Bukit Bintang, semalam.

Kuala Lumpur: Kejadian tanah mendap di depan bangunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Jalan Bukit Bintang di sini, semalam, menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk apabila laluan itu ditutup.

Mendapan yang menyebabkan wujud lubang kecil sepanjang dua meter berhampiran laluan pejalan kaki itu dipercayai akibat kerja pembinaan terowong bawah tanah untuk projek Transit Aliran Massa (MRT).

Pengarah Strategik Komunikasi dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Amir Mahmood Razak berkata, penutupan Jalan Bukit Bintang dibuat pada jam 9 pagi selepas kontraktor mengesan mendapan kecil di laluan pejalan kaki kawasan itu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik serta Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) yang berada di kawasan itu membantu mengawal lalu lintas.

“Penutupan jalan ini dibuat mengikut piawaian Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas tanda awal mendapan dikesan kakitangan kami.

myMetro 24 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment