April 19, 2014

Lelaki hilang dikhuatiri lemas di pantai Belawai


SIBU: Seorang lelaki hilang dipercayai lemas di kawasan pantai Belawai, Sarikei selepas dikatakan menaiki perahu seorang diri untuk memancing ikan, petang kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Osman Poasa, 36, dilaporkan bertolak dari Kam­pung Grigat, Roban, Saratok pada Khamis lepas sekitar jam 5 petang.

Difahamkan mangsa yang tidak tahu berenang, bersama beberapa penduduk kampung menuju ke pantai Paloh, Belawai untuk memancing ikan.

Mangsa dipercayai seorang diri ketika menggunakan perahu dan kira-kira jam 1.30 petang mangsa didapati tiada dalam perahu dan hanya peralatan memancing ditemui.

Pihak bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan sekitar jam 2.21 petang hari kejadian.

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Balai Bomba dan Penyelamat Saratok seramai empat anggota diketuai oleh PBK II Mijan Pamin pergi ke lokasi kejadian untuk mengambil maklumat dan memantau kejadian.

Utusan Borneo 19 Apr 2014


0 comments:

Post a Comment