April 19, 2014

Lelaki maut dirempuh lori, pemandu cabut lari

MENYEDIHKAN: Mayat mangsa ditutupi dengan helaian surat khabar dan motosikalnya berada di belakang lori yang merempuhnya dalam kemalangan di Bintulu, malam kelmarin.

BINTULU: Seorang pemandu lori bersama dua kelindannya cabut lari selepas merempuh seorang penunggang motosikal yang mengakibatkan kema­tiannya di hadapan stesen min­yak Petronas di Jalan Sebiew di sini, antara jam 7.45 dan 7.55 malam kelmarin.

Mangsa dikenal pasti sebagai Stevy Douglas, 22, dengan alamat terakhirnya di Taman Sri Pelabuhan Kemena.
Punca rempuhan itu belum dapat dipastikan, namun menurut saksi lori yang mem­bawa muatan minuman keras itu keluar dari simpang Desa Damai menuju ke arah Jalan Sebiew.

Manakala, mangsa yang berada di jalan utama dari arah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Sebiew dipercayai menuju ke perkam­pungan atau ke pusat bandar Bintulu.

Rempuhan itu mengak­ibatkan mangsa dan mo­tosikalnya terheret beberapa meter dari tempat kejadian.

Keadaan bahagian depan lori itu mengalami sedikit kerosakan, namun motosikal mangsa remuk teruk.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke bilik mayat Hos­pital Bintulu untuk tindakan lanjut.

Pihak polis dan ambulans turut bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Tiada ahli keluarga dan sau­dara mara mangsa yang dapat ditemui di tempat kejadian pada malam itu.

Begitupun, pihak polis meminta pemandu lori serta dua kelindannya agar tampil membuat laporan bagi
mem­bantu siasatan kes.

Utusan Borneo 19 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment