April 16, 2014

Kecoh radioaktif bocor

ASAP tebal berpunca daripada kebakaran sebuah kilang di Rawang, semalam.

ANGGOTA bomba mengukur tahap radiasi di pekarangan kilang, semalam.

Rawang: Penduduk sekitar daerah ini gempar apabila kebakaran mendadak di sebuah kilang menjalankan aktiviti pensterilan produk kesihatan di Taman Industri Integrasi Rawang, di sini, pagi semalam, didakwa mengakibatkan kebocoran radiasi besar-besaran.

Kebimbangan penduduk berpunca daripada pelbagai mesej dan gambar tersebar melalui laman media sosial Facebook dan Whatsapp yang mendakwa bakal berlaku letupan selain penyebaran radiasi radioaktif sehingga jarak 100 kilometer.

Komander Operasi Penguasa Bomba (PgB) Mohd Haikal Md Kasri berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kebakaran mesin yang menggunakan sistem Cobalt 60 di kilang itu sekitar jam 6 pagi semalam.

“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.01 minit dan berjaya mengawal kebakaran.

“Tiada kebocoran dan bacaan luar biasa terhasil selepas pihak bomba dan pegawai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) melakukan pemeriksaan di kilang ini. Hasil pemantauan lanjut mendapati bacaan paras radiasi adalah normal dan tidak melebihi 0.18 microsievert,” katanya.

myMetro 16 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment