April 25, 2014

Dua penunggang motosikal maut dilanggar

KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan empat maut akibat dilanggar sebuah kereta di Km 5, Jalan Pekan-Nenasi dekat Pekan, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Farhan Ahmad Farouk, 16, dari Kampung Baru, Batu 9, Nenasi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, nahas berlaku kira-kira jam 10.35 malam ketika mangsa yang dalam perjalanan dari arah bandar Pekan menghala ke Kampung Permatang Keledang.

Mangsa pada mulanya dilanggar dari belakang oleh seorang lagi penunggang yang dikenali sebagai Kamaludin Yusuf, 31, dari Maran yang menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke atas jalan di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta berkenaan, katanya kepada pemberita,di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. - Bernama

25 April 2014

0 comments:

Post a Comment