April 25, 2014

Dua remaja lelaki maut kemalangan

DUNGUN - Dua remaja maut setelah motosikal mereka terlibat dalam dua kemalangan di sini awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata Mohd Fadli Iddin Ruslan, 19, terkorban selepas motosikalnya terbabas di Km 74.3, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sebelum tercampak ke atas jalan dan diheret sebuah pacuan empat roda sejauh 50 meter.
   
Mangsa maut selepas menerima rawatan di Hospital Dungun sementara pemandu dan penumpang pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami kecederaan.
   
Dalam satu lagi kes, seorang jurujual penapis air, Abdul Rahman Mohd Fauzi, 20, terbunuh selepas motosikalnnya dikatakan dirempuh sebuah kereta di Km 79.2, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan manakala pemboncengnya Mohd Salahuddin Alhafriz Mazlin, 20, cedera parah.
   
Pemandu kereta tersebut Abdul Aziz Ruslin, 18, dan rakannya Iqbal Husni Wan Nanang, 19, cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.
   
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kedua-dua kemalangan. - Bernama

25 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment