April 23, 2014

4 cedera dalam sekatan jalanraya

Keadaan Perodua Kancil yang remuk teruk selepas ia dilanggar dari belakang oleh Proton Waja.

PUTATAN: Empat orang termasuk dua anggota polis cedera dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Putatan-Kota Kinabalu, dekat Taman Jumbo, Petagas di sini awal pagi semalam.

Kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Kancil dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Waja sekitar pukul 1.20 pagi.

Difahamkan sebelum kejadian, Kancil tersebut ditahan untuk pemeriksaan biasa apabila pemandu kereta Waja yang sedang dalam perjalanan ke ibu negeri dari Putatan, hilang kawalan dan merempuh belakang Kancil tersebut.

Impak rempuhan tersebut menyebabkan Kancil terbabit bergerak ke depan dan melanggar kedua-dua anggota polis yang sedang berdiri di kawasan tersebut.

Kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan pemandu Waja ditahan untuk disiasat lebih lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Penampang DSP Ratan Kumar Singh ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian.

“Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan kesemua mangsa yang berusia 20an termasuk kedua-dua anggota polis berkenaan hanya cedera ringan,” katanya dengan menambah yang mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Beliau menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memperlahakan kenderaan ketika menghampiri sekatan jalanraya.

Beliau berkata kes di siasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber The Borneo Post 13 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment