KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, pagi semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Allan Ilon, 26, dari Kampung Skiat, Bau dikatakan hilang kawalan ke atas motosikalnya selepas cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang Hospital Umum Sarawak (HUS).
Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, motosikal yang ditunggangi oleh mangsa terbabas dan merempuh lampu isyarat.
Pasukan perubatan dari hospital tiba sejurus kemudian bagaimanapun juga gagal menyelamatkan mangsa.
Menurut saksi, mangsa dipercayai hendak menuju ke tempat kerjanya iaitu sebuah bengkel motosikal yang terletak di Saujana.
Mangsa merupakan anak ketiga daripada lapan adik beradik.
Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Utusan Borneo 27 Dis 2013
Nak sihat ? Elakkan 5P ini dan amalkan 2 P ini pula !
-
Ini aku , satu tika dulu ! Antara penyakit yang awal awal aku ada ialah
tekanan darah tinggi yang membawa ke level Hypertension. Tapi aku tak
pernah makan...
10 hours ago
0 comments:
Post a Comment