December 28, 2013

Lelaki maut, anak dan isteri cedera kereta bertembung lori

Keadaan Proton Iswara dan lori yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 24, Jalan Ranau-Telupid.

SANDAKAN: Seorang lelaki warga tempatan maut manakala isteri dan anak lelakinya cedera selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 3 tan dekat Kampung Nalapak, Ranau semalam.

Mangsa, Ghani @ Fandi Nasri, 45, dari Kampung Batu Puteh, Kinabatangan terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 12.35 tengah hari itu.

Isterinya, Anidah Noor, 42, dan anak lelakinya, Mohd Ghaireyl Shafie Ghani, 15, diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ranau.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata siasatan awal menunjukkan yang mangsa hilang kawalan keretanya ketika menuruni bukit.

Beliau berkata polis percaya kereta tersebut kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

Pemandu lori berkenaan, seorang warga tempatan berusia 43 tidak cedera dalam kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber The Borneo Post 27 Dis 2013

0 comments:

Post a Comment