KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas usaha melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh awal pagi Ahad dibantutkan oleh bunyi alat penggera.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, empat lelaki penjenayah terbabit cuba menarik mesin ATM itu dengan sebuah lori.
Mereka merempuh bangunan stesen minyak itu dengan lori sebelum tiga daripada mereka yang bertopeng ski, bersarung tangan dan berjaket hitam serta bersenjatakan parang mengikat mesin ATM berkenaan pada lori tersebut.
Suspek kemudian cuba menarik mesin itu namun hanya sampai setakat pintu hadapan sebelum alat penggera berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri dengan lori tersebut, katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya suspek juga sebelum itu menyamun dua pekerja di stesen minyak berkenaan serta melarikan hasil jualan berjumlah RM1,500. BERNAMA
13 Okt 2013
Mansuhkan lesen kedai makan 24 jam ?
-
Pada awalnya aku bersetuju. Tapi bila fikir fikir semula , punca obesiti ni
bukanlah disebabkan kedai makan tapi apa yang dijual di kedai makan ni.
Dika...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment