October 13, 2013

Bekas NC UPM Prof. Radin Umar meninggal dunia

SERDANG - Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof Radin Umar Radin Sohadi, 53, meninggal dunia di Hospital Serdang di sini hari ini.

Menurut anaknya, Mundzir, 27, Allahyarham bapanya yang pernah menjalani pembedahan hati sebelum ini, meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati pukul 4.15 pagi.

Beliau berkata, Allahyarham pernah menerima rawatan berkaitan kanser beberapa kali di Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Selayang sejak 2010, dan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Asa Jaya, Kajang, dari Hospital Serdang beberapa minggu lepas.

Allahyarham yang dilantik menjadi ketua pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang pertama pada 2007 meletak jawatan sebagai Naib Canselor UPM Disember lepas akibat masalah kesihatan.

Allahyarham juga pernah menerima anugerah ’The Prince Michael International Road Safety Award’ sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan inovasi beliau dalam kemajuan jalan raya pada 2005.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid UPM sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran masjid itu pada pukul 11 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak. - Bernama

13 Okt 2013

0 comments:

Post a Comment