August 18, 2013

Lelaki maut terjun dari Dewan Suarah


MAUT TERJUN: Mayat mangsa diperiksa polis sebelum dibawa ke hospital. – Gambar ihsan orang awam.

Seorang anggota polis membuat satu panggilan sambil memegang surat yang ditinggalkan oleh mangsa

KUCHING: Seorang lelaki berusia 44 tahun dari Matang di sini maut dipercayai terjun dari Aras 3, Menara Dewan Suarah.

Lelaki yang dikenalpasti sebagai Rogers John Rasie itu dipercayai terjun kira-kira pada jam 12.50 tengah semalam, kerana masalah keluarga.

Mangsa meninggalkan sekeping nota meminta maaf dari ahli keluarganya sebelum terjun dari dewan tersebut.

Kejadian berlaku ketika seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di bahagian atas dewan tersebut, melihat mangsa sedang memanjat penghadang keselamatan dan menyedari sesuatu buruk akan berlaku lalu menjerit ke arah mangsa supaya berhenti.

Pengawal tersebut yang dikenali sebagai, Lani Nujek, 53, berkata dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang mangsa yang berhenti seketika dan menoleh ke arahnya sebelum terjun.

Lani yang telah bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 12 tahun berkata, ini adalah kali kedua dia menyaksikan kejadian bunuh diri di lokasi tersebut.

Kereta mangsa jenis Perodua Kembara kemudian ditemui terletak berhampiran dengan mayat mangsa.

Siasatan di dalam kereta mangsa mendapati sekeping surat yang ditandatangani mangsa ditinggalkan di tempat duduk bahagian hadapan yang mengandungi senarai nama-nama ibu bapa, adik beradik, isteri serta dua anak lelakinya.

Dalam suratnya, mangsa mengatakan yang dia menghadapi tekanan perasaan dan tiada sesiapa yang boleh membantunya.

Dia juga meminta maaf dari ahli keluarganya dan meminta supaya mereka mendoakannya agar dia berada di tempat yang tenang.

Juga ditemui sekeping resit yang menunjukkan mangsa telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum itu pada pukul 7 pagi.

Berdasarkan lengannya yang berbalut, dipercayai mangsa pernah mendapatkan rawatan selepas mengelar lengannya dalam cubaan membunuh diri sebelum ini.

Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut dan polis telah menghubungi ahli keluarga mangsa yang tersenarai di dalam surat tersebut.

Sumber The Borneo 17 Ogos 2013


0 comments:

Post a Comment