August 18, 2013

Bakal pengantin maut nahas

Jurugambar sambilan Nadia Syazwani Zahari maut dalam kemalangan di Jalan Monfort, Seksyen 13 Shah Alam. NST Foto oleh Asyraf Hamzah


Keadaan kereta Nadia Syazwani Zahari selepas perlanggaran di Jalan Subang, Shah Alam. Foto oleh Asyraf Hamzah / NST

Iskandar Zulkarnain Zahari sebak menatap mayat adiknya, Nadia Syazwani Zahari yang maut di persimpangan berisyarat Jalan Monfor, Seksyen 13 Shah Alam. NST Foto oleh Asyraf Hamzah

SHAH ALAM: Seorang bakal pengantin terbunuh dalam satu kemalangan di persimpangan berisyarat di Jalan Montfort, Section 13 di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, Nadia Syazwani Zahari, 26, sedang memandu kereta Perodua Kancilnya dari Batu Tiga ke arah TTDI Jaya apabila dirempuh oleh sebuah kereta jenis Audi A4.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta Audi tersebut tidak cedera.

Tunang mangsa, Shafiq Khairy Mohd Shariff, 26, berkejar ke tempat kejadian selepas menerima satu panggilan tentang kemalangan tersebut.

"Nadia bekerja sebagai jurugambar sambilan dan sedang menuju ke Bukit Jelutong untuk satu tugasan.

"Pelanggannya memberitahu saya tentang kemalangan tersebut selepas dia tidak muncul," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pasangan tersebut bertemu dua tahun lalu ketika sama-sama belajar di Universiti Selangor (Unisel) dan bertunang pada Ogos tahun lalu.

"Kami sepatutnya berkahwin pada Oktober ini," katanya.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Hanis Shafinaz, 34, berkata Nadia merupakan anak perempuan tunggal dan yang bongsu dari empat beradik.

"Nadia baru saja tamat kursus grafik dan akan menghadiri majlis graduasinya," katanya di lokasi kemalangan.

17 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment