July 14, 2013

Pembonceng maut lawan arus

KLANG - Seorang pembonceng wanita tempatan maut manakala penunggangnya seorang lelaki warga Indonesia, 30, parah dalam nahas di susur jambatan Meru, berdekatan Terminal Bas Klang Sentral, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, motosikal Yamaha LC135 dinaiki mangsa dari arah Klang menghala Setia Alam melawan arus trafik sebelum bertembung dengan sebuah Toyota Camry dari arah bertentangan.

"Berikutan pertembungan itu, pembonceng motosikal terbabit, 22, tercampak ke Jalan Meru, iaitu jalan bawah jambatan pada ketinggian kira-kira lima meter menyebabkannya maut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar Harian 14 Jul 2013

0 comments:

Post a Comment